assalammualaikum reader
okay hari ini saya nak update pasal KECEWA. sebelum tu,saya nak tanya semua oranglah, pernah alami saat -saat ditinggalkan oleh kekasih,dibuang kerja atau gagal dalam pelajaran? saya rasa semua orang pernah mengalami perasaan atau saat tika itu. Dalam konteks yang lain,perasaan kecewa.
ERTI KECEWA :
okay,daripada fahaman saya,kecewa membawa maksud satu perasaan yang sedih dan disebabkan oleh sesuatu yang berlaku dan tidak menggembirakan. Dalam konteks lain,kecewa ini merupakan satu perasaan yang sangat menusuk hati dan juga boleh mengganggu jiwa dan raga.
Penyebab kecewa:
sebab seseorang itu kecewa,adalah kerana apabila seseorang itu terlalu mengharapkan sesuatu namun dia gagal untuk menggapai. Okay,back to our creator,itu yang penting,kadang-kadang ALLAH nak uji kita,nak membuat kita supaya lebih memuhasabah diri.
Kesan kecewa :
okay,kesan kecewa ini terlampau banyak sangat,jadi saya ringkaskan bahawa,jika seseorang itu kecewa,maka benda yang mustahil dilakukan akan dilakukan. Sebagai contoh,kes bunuh diri. Kalau kita skopkan kes-kes ini,cukuplah kita tumpukan kepada negara Malaysia,tanah air tercinta ini,kalau kita perhatikan,saban tahun ada sahaja kes-kes melibatkan cubaan bunuh diri. Cuba kita taakuli dan berfikir sejenak,apakah perasaan orang yang ingin membunuh diri? tentu jawapannya adalah kerana kecewa.
statistik di Jepun yang merupakan antara negara teramai penduduknya membunuh diri di dunia ini,adalah kerana adalah kecewa dalam pekerjaaan. Hal ini kerana disebabkan perasaan kecewa yang terlampau.
Justeru,konklusinya untuk hari ini,kecewa mana pun perasaan kita,kita perlu ingat,ALLAH yang Maha melihat. Segala yang dirancang adalah yang terbaik untuk kita.
firman ALLAH surah al-baqarah 216
"Diwajibkan keatas kamu berperang,sedangkan kamu tidak menyukainya,boleh jadi apa yang kamu suka adalah tidak baik untuk mu,sedangkan yang kamu tidak suka adalah terbaik untukmu,sesungguh allah maha mengetahui".
